• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

ADAKAH INI PETANDA SAYA NAK BERHENTI?: MISHA OMAR

Menurut Misha Omar, beliau pernah mengalami fasa yang dirasakan sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri dari landskap seni hiburan tanahair


Back To Whats Hot

Biarpun sudah beberapa kali berjaya menjulang trofi anugerah sepanjang 17 tahun dalam pembabitan karier seni suara, namun hakikatnya penyanyi Misha Omar juga seperti manusia biasa yang lain.

Menurut Misha Omar atau Samihah Omar, beliau pernah mengalami fasa yang dirasakan sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri dari landskap seni hiburan tanahair.

“Tahun lalu anak saya kurang sihat dan nak berkarya pun agak terhad tambah pula dengan suara yang tidak begitu fit.

“Jadi, ada satu ketika saya pernah bercakap dengan diri sendiri, adakah ini petanda saya memang kena berhenti menyanyi?

“Bagaimanapun bila tahun ini keluarkan lagu, biarpun sekadar teaser sahaja, pendengar mula cover lagu tersebut sejurus saya kongsi di halaman media sosial pada bulan Mac lalu.

“Ya ALLAH… saya rasa sangat terharu. Single terbaharu berjudul Sampai Bila secara rasminya dikeluarkan bulan Mei dan masuk sahaja bulan Jun penerimaan daripada peminat itu sangat laju,” katanya kepada Sinar Harian.

Malah Misha, 36, turut bertambah teruja apabila single terbaharunya berjaya menyerlah meski dihimpit dengan lambakan pelapis baharu.

“Lagu saya terselit di antara penyanyi budak baru nak up yang ramai, alhamdulillah… Saya tak tahu nak berterima kasih bagaimana. Itulah mereka yang sentiasa menyokong dan percayakan saya,” tambah Misha lagi.

Sumber: Sinar Harian