WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ADA PEMINAT MARAH: ARA ANGGAP ISMAIL SEBAGAI ADIK

Ara Johari memberitahu dia pernah menerima mesej daripada peminat penyanyi Luar Biasa yang memintanya supaya tidak bercinta


Back To Whats Hot

Penyanyi, Ara Johari memberitahu dia pernah menerima mesej daripada peminat penyanyi Luar Biasa yang memintanya supaya tidak bercinta.

Jelas Ara, dia sudah menganggap Ismail Izzani seperti adik kandung sendiri.

"Ada peminat yang marah saya bila gambar berduaan. Tetapi saya dengan dia hanya sekadar kawan rapat sahaja dan tidak mungkin lebih daripada itu.

"Lagi pun umurnya masih lagi muda.

"Selain itu, saya juga kenal dengan ibunya, Datin Suliza Salam dan kami selalu berhubung," ujar Ara kepada mStar.

Tambah Ara lagi, buat masa ini dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjayanya dahulu.

Bagaimanapun, soal jodoh daripada kalangan artis, Ara sedia menerima.

"Sekarang ini saya tak mahu fikir soal kahwin lagi sebab tumpuan lebih kepada bidang nyanyian.

"Kalau ada jodoh sampai saya terima, tak kisah siapa bakal suami, sama ada orang industri ataupun bukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, lagu Ara berjudul Bunga berjaya memasuki pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-33 (SFMM33) pada minggu kedua, 16 November ini.

Sumber: Sinar Harian