WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KAUNTER KHAS DI LAPANGAN TERBANG, NETIZEN SETUJU TINDAKAN PAK NIL!

Pak Nil telah memuat naik video tindakannya meminta kebenaran daripada petugas kaunter kelas perniagaan bagi memberi laluan kepada seorang lelaki tua


Back To Whats Hot

Tindakan pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil yang ingin menolong seorang lelaki tua di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok menjadi perhatian di laman sosial Instagram.

Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Pak Nil telah memuat naik video tindakannya meminta kebenaran daripada petugas kaunter kelas perniagaan bagi memberi laluan kepada seorang lelaki tua untuk mendaftar masuk terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

Ini berlaku di kaunter check in MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok semalam. Seperti biasa jaluran beratur kelas perniagaan dan pertama mmg lengang dan tak ramai orang berbanding kelas ekonomi yang sangat panjang. Paknil terlihat seorang lelaki tua yang berada di hujung garisan beratur kelas ekonomi yg panjang itu. Paknil tak terbayang bagaimana dia terpaksa berdiri begitu lama sebelum tiba giliran dia untuk didaftar masuk. Paknil cuba nak minta kebenaran dpd petugas kaunter kelas perniagaan bagi memberi laluan kepada lelaki tua itu daftar masuk tetapi tidak diizinkan. Paknil paham mungkin itu SOP nya. Tetapi #paknil nak syorkan agar MAS mulakan kaunter khas untuk orang tua, wanita mengandung, golongan istimewa dan yg bawa2,kanak. Mungkin kita akan lebih dihormati #malaysiaairlines

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

 

Tindakan mulia Pak Nil cuba membantu lelaki tua itu telah menarik perhatian netizen.

 

Rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan Pak Nil yang menginginkan pihak Malaysia Airlines Berhad (MAS) menyediakan kaunter khas untuk orang tua, wanita mengandung, golongan istimewa dan ibu bapa yang membawa kanak-kanak.

 

undefined

 

undefined

 

undefined

 

Malah, perkongsian Pak Nil itu telah mendapat respon daripada pihak MAS sendiri.

 

 

Sumber: AWANI