WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

'SELEPAS DAPAT NASIHAT DARIPADA USTAZ, SAYA TERIMA, KERANA INGIN BERDAKWAH' - ALI XPDC

Ali membuat kemunculan semula dengan XPDC kerana ingin menyampaikan dakwah menerusi lagu


Back To Whats Hot

Vokalis XPDC, Ali mengakui mengambil keputusan untuk bersama semula anggota kumpulan yang lain setelah mendapat nasihat daripada seorang ustaz.

Menurut Ali, kemunculan semula dia bersama XPDC adalah untuk menyampaikan dakwah menerusi lagu yang dihasilkan oleh mereka kepada orang ramai.

"Pada awalnya sukar untuk saya menerima tawaran untuk menjadi vokalis XPDC semula namun setelah mendapat nasihat daripada seorang ustaz dia menyuruh saya untuk menerimanya.

"Kerana menurut ustaz daripada situ saya boleh menyampaikan dakwah kepada orang ramai.

"Jadi saya mengambil keputusan untuk menyampaikan dakwah melalui muzik dengan mengingatkan orang ramai mengenai akhirat menerusi album yang dihasilkan ini.

"Moga dengan lagu-lagu yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat memberi nasihat kepada orang ramai untuk berubah," katanya.

Ali berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album Doa di The Saddle Coffee House, Bukit Kiara, pada Khamis.

Jangan lupa untuk mendapatkan Album Doa XPDC di pasaran sekarang.

Sumber: AWANI