WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

AS'AD MOTAWH HAMPIR PATAH HIDUNG, JARI TANGAN

As'ad atau nama penuhnya As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 18, turut berkata, dia sanggup melakukan demi peminatnya


Back To Whats Hot

Penyanyi, As'ad Motawh, 18, berkongsi di Twitter miliknya, hidung dan jari tangannya nyaris patah sewaktu melakukan latihan untuk muzik video single terbaharunya, semalam.

"Hampir patahkan hidung dan jari tangan masa latihan untuk Percaya. Harap anda semua suka dengan muzik baharu saya," katanya.

As'ad atau nama penuhnya As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 18, turut berkata, dia sanggup melakukan demi peminatnya.

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk peminat saya. Lagi 18 hari," ucap penyanyi lagu Senyum itu.

Menerusi tinjauan Sinar Harian di ruang komen Twit akaun As'ad, rata-rata mengucapkan kepadanya agar berhati-hati di masa akan datang ketika melakukan latihan.

 

 

Majoriti bimbang dengan perkongsian As'ad dan begitu prihatin terhadap keselamatan dirinya. Bahkan, peminatnya menghargai atas usaha pemuda itu untuk menampilkan sebuah karya yang terbaik.

Terdahulu, pada pertengahan tahun 2018, nama As'ad pernah menjadi bualan hangat netizen kerana tersadung dan terjelupuk di pentas ketika pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Sumber: Sinar Harian