• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

WANY HASRITA BINTANG PALING POPULAR 2018

Kemenangan itu membolehkan Wany membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126, 000 beserta trofi


Back To Whats Hot

Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita memberi kejutan besar apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31).

Menerusi acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad, Wany, 26, turut memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular, mengalahkan Siti Nordiana, Stacy, Ara Johari dan Nur Fazura.

Kemenangan itu membolehkan Wany membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126, 000 beserta trofi.

Dalam pada itu, pasangan romantis Nur Fazura dan Fattah Amin memenangi Pasangan Serasi Drama bagi kategori online. Mereka juga turut memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular dan sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah tajaan Alha Alfa.

Fazura juga turut memenangi anugerah Pasangan Serasi Filem bagi kategori online bersama Zul Ariffin.

Sementara itu, ABP31 turut memberi Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada penyanyi dan pelakon lagenda, Noorkumalasari.

Majlis gilang gemilang itu diacarakan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick dan disiarkan secara langsung menerusi stesen TV3.

Senarai Pemenang ABPBH 30:

Bintang Paling Popular : Wany Hasrita

Penyanyi Lelaki Popular : Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular : Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular : Syamel & Ernie Zakri

Artis Lelaki Baharu Popular : Fendy Bakri

Artis Wanita Baharu Popular : Farah Nabilah

Pelakon Filem Lelaki Popular : Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular : Emma Maembong

Pelakon TV Lelaki Popular : Fattah Amin

Pelakon TV Wanita Popular : Nur Fazura

Artis Komedi Popular : Zizan Razak

Pengacara TV Popular : Neelofa

Penyampai Radio Popular : Haziq Hot Fm

Artis Versatil Popular : Alif Satar

Anugerah Khas

Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat : Noorkumalasari

Kategori Online

Pasangan Serasi Drama : Fattah Amin & Nur Fazura

Pasangan Serasi Filem : Zul Ariffin & Nur Fazura

Personaliti Media Sosial Popular : Fatimah Omar Mukhlis (@Thefamily.Uk)

Instafamous Cilik Popular : Arif Jiwa

Artis Sensasi Popular : Neelofa

Sumber: Sinar Harian