WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

TRAILER BARU FILEM AQUAMAN BUAT RAMAI PEMINAT TERUJA!

Filem Aquaman yang dijadual masuk panggung Disember 2018 ini dijangka padat dengan aksi Raja Atlantis


Back To Whats Hot

Filem solo Aquaman bakal menjengah ke pawagam pada Disember ini. Bagaimanapun, baru-baru ini, Warner Bros dan DC telah memuat naik satu extended trailer bagi filem ini yang sepanjang 5 minit 17 saat!

Trailer terbaru bagi filem Raja Atlantis ini menunjukkan secara amnya kisah awal hidup Arthur Curry/Aquaman (Jason Momoa), iaitu anak kepada seorang penjaga rumah api, dan Ratu Atlantis (Nicole Kidman). Ini membuatkan beliau layak untuk mengambil takhta Raja Atlantis setelah Raja Atlantis tiada. Di dalam trailer ini juga, kita dapat melihat Aquaman bekerjasama dengan Mera (Amber Heard) untuk menyelesaikan satu misi di tengah padang pasir.

Selain dari pada itu, villain bagi filem ini juga dapat kita lihat, iaitu Orm, pemangku Raja Atlantis yang jahat, yang ingin melancarkan perang kepada dunia. Akhirnya, kita juga dapat melihat kostum penuh serta aksi Black Manta, pahlawan elit dan musuh klasik Aquaman.

Secara keseluruhannya, melalui extended trailer bagi filem ini, kita dapat lihat unsur humor dan kurangnya dark concept yang selalunya sinonim dengan filem-filem adiwira dari DC. Pengarah filem ini, James Wan (Fast and Furious 7), adalah salah satu sebab filem ini akan padat dengan aksi. Pasti ramai peminat tidak sabar melihat aksi Raja Atlantis ini di pawagam pada Disember nanti.

Sumber: AWANI