WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

"ASYIK TAYANG ASET JE, DAH TAK LAKU KE?" - NETIZEN KECAM ZIZI KIRANA

Zizi pernah dikecam disebabkan perkara sama, namun mengaku tidak kisah dan mengambil endah tentangnya kerana itu merupakan imejnya yang terkini


Back To Whats Hot

Jika sebelum ini Zizi Kirana pernah menerima foto kemaluan lelaki gara-gara berpakaian seksi, nampaknya penyanyi lagu “Nak Ke Tak Nak” itu masih tidak serik.

Baru-baru ini Instagram (IG) Zizi kembali ‘kecoh’ apabila dia memuat naik sekeping foto yang mendedahkan bahagian perut dan menampakkan lurah buah dada.

Kurang senang dengan foto dimuatnaik Zizi, netizen mula menyerang ruangan komen posting tersebut dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

 

 

Lebih melampau apabila ada yang menganggap Zizi wanita murahan sehingga berani mengajaknya bermalam di hotel.

Namun, tidak kurang juga meninggalkan komen positif dan menasihatkan Zizi supaya bertaubat dan berubah ke jalan yang lebih baik.

 

 

Akhir tahun lalu, Zizi pernah dikecam disebabkan perkara sama, namun mengaku tidak kisah dan mengambil endah tentangnya kerana itu merupakan imejnya yang terkini.

Disebabkan imej seksinya itu, seorang individu tidak dikenali berani menghantar foto kemaluannya kepada Zizi menerusi ruangan mesej peribadi IG dan mengajaknya melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun Zizi bertindak menyekat individu itu daripada mengakses IGnya kerana berasakan perbuatan tersebut melampau.

Sumber: AWANI