WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PASKAL KUTIP RM10.2 JUTA DALAM 7 HARI

Terima kasih di atas sokongan anda semua pada kami seluruh team production Paskal The Movie dan juga percaya pada kami pelakon filem ini


Back To Whats Hot

Filem yang diinpirasikan dari kisah benar, Paskal, terus mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM10.2 juta dalam tempoh tujuh hari tayangannya.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh pelakon utamanya, Hairul Azreen menerusi akaun Instagramnya.

"Terima kasih di atas sokongan anda semua pada kami seluruh team production Paskal The Movie dan juga percaya pada kami pelakon filem ini," tulisnya beserta tanda pagar #ThisIsAlphaLeader.

 

 

Bahkan dalam posting berlainan, Hairul turut menyeru mereka yang belum menonton, untuk menyaksikan Paskal di pawagam.

Diarahkan oleh Adrian Teh,  filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Filem Paskal yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini  mengisahkan kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Sumber: Sinar Online