WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

ADEGAN FILEM VENOM DIPOTONG SEHINGGA 40 MINIT

Menariknya tentang filem ini, ia dikatakan telah dipotong sebanyak 30 hingga 40 minit! Termasuk babak kegemaran Tom Hardy sendiri


Back To Whats Hot

Filem Venom akan mengganas di pawagam Malaysia pada hari Khamis, 4 Oktober ini.

Pasti ramai peminat watak symbiote ini teruja untuk melihatnya beraksi di layar perak.

Filem ini diterajui oleh Tom Hardy yang memegang watak Eddie Brock/Venom, Michelle Williams Riz Ahmed dan ramai lagi.

Walaupun watak Venom berkait rapat dengan Spider-Man tetapi filem ini tidak akan menampilkan Spider dan tidak berkait dengan Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menariknya tentang filem ini, ia dikatakan telah dipotong sebanyak 30 hingga 40 minit! Termasuk babak kegemaran Tom Hardy sendiri.

Dalam satu temubual bersama ComicsExplained, Tom Hardy telah ditanya tentang adegan kegemarannya di dalam filem mini, jawab pelakon itu sendiri:

"They’re scenes that aren’t in this movie. There are like 30 to 40 minutes’ worth of scenes that aren’t in this movie... all of them. Mad puppeteering scenes, dark comedy scenes. You know what I mean? They just never made it in.”

Walaupun masih samar-samar adakah kita akan dapat melihat adegan yang dipotong apabila keluarnya filem ini di dalam versi ‘Director's Cut’ atau pun tidak, durasi filem ini adalah 1 jam 52 minit dan kita akan dapat melihat lebih banyak lagi Tom Hardy sebagai Venom kerana beliau telah bersetuju untuk berlakon di dalam tiga buah filem Venom lagi.

P.S: Jangan keluar panggung dahulu kerana ada dua bonus 'end kredit'

Sumber: AWANI