WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

JENAZAH PAK NGAH TIBA DARI BATAM

Jenazah Pak Ngah tiba dengan diiringi beberapa anggota imigresen dan keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kasim


Back To Whats Hot

JOHOR BAHRU: Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang di sini, kira-kira 10.15 pagi tadi.

Jenazah dibawa dari Batam, Indonesia, melalui bot khas pada 8 pagi tadi dan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum tiba di terminal feri berkenaan.

Jenazah Pak Ngah tiba dengan diiringi beberapa anggota imigresen dan keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kasim.

Menurut Abdul Raziff Abdul Rani, beliau yang diwakilkan oleh keluarga Pak Ngah berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas zohor.

Allahyarham yang difahamkan berkunjung ke Batam, Indonesia atas urusan kerja dan bercuti bersama keluarga, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, pada 3.15 petang, semalam.

Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Sharifah Mahani, seorang anak lelaki dan perempuan.

Sumber: BERNAMA