WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST

06.00am - 10.00am

PELAKON DAN PELAWAK, ACAPPAN, MENINGGAL DUNIA

Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Acappan meninggal dunia pada Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, mengesahkan berita berkenaan.

"Kami terima laporan mengenai kematian beliau sekitar jam lima pagi Jumaat.

"Anaknya, Yhuveneshwary memberitahu, Acappan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama," katanya.

Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan terbitan RTM.

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat.

Sumber: AWANI