WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

GABUNGAN REGGAE, POP YEH YEH

Dari segi muzik, Ragaman menyajikan gabungan muzik reggae dengan pop yeh yeh


Back To Whats Hot

Siapa yang menjangkakan figura bernama Faizal Tahir akan hasilkan karya seperti Ragaman yang nyata ‘lari’ jauh daripada karyanya yang terdahulu.

Dari segi muzik, Ragaman menyajikan gabungan muzik reggae dengan pop yeh yeh. Namun, ia masih lagi kedengaran moden sekali gus sesuai untuk generasi masa kini.

Jika diamati liriknya, Ragaman lebih kepada luahan rasa seorang lelaki mengenai pasangannya yang disampaikan dalam bentuk komedi.

Menggunakan bahasa yang sangat santai, Ragaman memberikan warna berbeza dalam karya Faizal kali ini. Cara nyanyiannya juga disesuaikan dengan mood lagu ini.

Bagi Faizal, dia hasilkan lagu yang dekat dengan peminat.

“Lagu ini menawarkan sisi berbeza saya. Jika sebelum ini, lagu ciptaan saya mengangkat tema yang lebih serius tapi dalam Ragaman, saya menggunakan tema yang lebih santai dan dekat dengan pendengar.

“Bukan ‘feel’ dan ‘mood’ lagu saja yang berbeza, malah cara penyampaian pun ada kelainan apabila ia dinyanyikan dalam gaya teaterikal,” katanya.

Namun, Faizal juga tidak menolak ini adalah satu-satunya karyanya yang berbentuk sebegini.

“Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir. Saya tak rasa akan ada lagi lagu sebegini daripada saya selepas ini. Dengan adanya lagu ini pun sudah buatkan saya cukup berpuas hati,” katanya.

Buat masa sekarang, video muzik Ragaman belum dimuat naik ke YouTube, namun video liriknya dikongsikan sejak 28 Ogos lalu dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

RAGAMAN

• PENYANYI: Faizal Tahir

• PENCIPTA: Faizal Tahir, Mike Chan & Romeo

• LIKE: Faizal Tahir, Mike Chan, Karim Karam & Jaare

• TERBITAN: Faithful Musik Sdn Bhd

• EDARAN: Warner Music

Sumber: Harian Metro