WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

NETIZEN BUAT LAPORAN MAHU YOUTUBE LENYAPKAN LAGU 'BOBO DIMANA' ALIFF SYUKRI, SAJAT

Rata-rata netizen berpendapat seni kata lagu itu mengandungi unsur lucah yang hanya merosakkan minda masyarakat terutama kanak-kanak


Back To Whats Hot

Lirik video lagu nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkolaborasi dengan Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna berjudul Bobo Dimana yang dilancarkan sejak Khamis lalu terus menerima kecaman hebat di media sosial.

Video muzik yang kini trending di laman Youtube dan mencecah lebih 1 juta tontonan itu menimbulkan kemarahan segelintir pihak dan menganggap ia tidak sesuai ditonton golongan kanak-kanak.

Rata-rata netizen berpendapat seni kata lagu itu mengandungi unsur lucah yang hanya merosakkan minda masyarakat terutama kanak-kanak.

Malah mereka juga meminta orang ramai membuat laporan terhadap muzik video dengan alasan terdapat kandungan seksual agar ia dikeluarkan atau lenyap daripada saluran tersebut.

Selain itu, netizen juga mempersoalkan mengapa usahawan berkenaan tidak berkarya dengan cara yang lebih bersih.

Video lirik lagu itu yang trending No 1 di laman YouTube itu juga digunakan sebagai platform netizen untuk menterjemahkan rasa kurang senang mereka.

Video yang baharu dimuat naik dua hari lalu menerima 161,000 tanda 'tidak suka' dan hanya 19,000 tanda 'suka'.

Sumber: mStar