WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PELAKON NURIN MENINGGAL DUNIA DI USIA 52 TAHUN

Arwah Nurin atau nama sebenarnya Nur Amisah Abdullah meninggal dunia akibat sesak nafas


Back To Whats Hot

Pelakon Nurin Misha dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya, Jalan Ipoh, sekitar jam 9.30 pagi, semalam.

Menurut kenyataan rasmi yang diterima Sinar Harian daripada Persatuan Seniman Malaysia, arwah Nurin atau nama sebenarnya Nur Amisah Abdullah meninggal dunia akibat sesak nafas.

Dalam kenyataan sama, sumber terdekat iaitu anak kepada arwah turut mengesahkan berita duka ini.

"Beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 9.30 pagi di rumahnya akibat sesak nafas.

"Menurut anak beliau arwah disahkan tidak sedarkan diri awal pagi di rumahnya di Jalan Ipoh namun apabila pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah tiada," kenyataan Seniman.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kg Batu Jalan Ipoh untuk urusan mandi dan solat jenazah.

Seterusnya jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bangko Jalan Kuching.

Untuk rekod, arwah Nurin Misha meninggalkan 5 orang anak dan seorang suami. Beliau telah banyak berlakon didalam drama-drama tempatan dengan pelbagai watak yang meninggalkan kesan kepada penonton. Pasti peminat akan merindui beliau.

Sumber: Sinar Harian