WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PRODUSER FILEM PINJAMKAN HATIKU BAKAL TERBITKAN FILEM SERAM

Filem Pinjamkan Hatiku mendapat sambutan yang agak baik biarpun ketika itu ia bersaing dengan banyak filem besar


Back To Whats Hot

Selepas kejayaan filem Pinjamkan Hatiku, produser filem dan usahawan, Datin Furyna Azmeer bakal menerbitkan sebuah filem seram.

Filem Pinjamkan Hatiku yang menjadi filem pertama terbitannya mengutip kutipan RM3.4 juta dan menampilkan pelakon Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Datuk Farid Kamil sebagai teraju utama.

"Alhamdulillah, filem Pinjamkan Hatiku mendapat sambutan yang agak baik. Biarpun ketika itu ia bersaing dengan banyak filem besar seperti Pengabdi Setan, kutipan Pinjamkan Hatiku tidak menghampakan.

"Insya-Allah, saya mempunyai perancangan untuk menerbitkan sebuah filem seram. Buat masa ini, saya sedang mencari beberapa naskah untuk dikeluarkan.

"Saya sangat mementingkan kualiti dan mahu sesuatu yang lain berbanding filem yang ada sebelum ini," kata pengasas produk Aurawhite itu.

Furyna ditemui di majlis pelancaran Aurawhite Toothpaste di Meet & Dine, Cheras, pada Rabu.

Di acara tersebut, pelakon Fasha Sandha, Izzue Islam dan PU Azman dilantik menjadi ikon bagi produk tersebut.

"Ubat gigi ini telah melalui proses 'research and development' (R&D) dalam masa setahun dan saya sangat mementingkan kualiti.

 

 

"Saya percaya dengan kredibiliti Fasha, Izzue dan PU Azman dalam menjadi ikon produk ini. Mereka juga mencuba ubat gigi ini sebelum bersetuju untuk menjadi ikon," katanya lagi.

Sumber: AWANI