WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

DAH TOLONG LIAT NAK BAYAR, SHIHA DITUDUH PAKAI BARANG TIRUAN

Shiha mengakui kecewa apabila hasil titik peluh yang digunakan untuk membeli beg di butik berjenama terkenal itu didakwa sebagai palsu


Back To Whats Hot

Penyanyi Shiha Zikir memberi tempoh seminggu kepada seorang rakannya untuk membayar semula hutang yang pernah dibuat oleh individu itu.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, berkata, individu berkenaan berdiam diri dan menghilang apabila diminta untuk membayar hutang berkenaan.

"Terima kasih kerana menipu dan bawa lari duit saya, hilang tanpa berita. Lepas Shiha bagi pinjam duit, kami selalu jumpa, tak rasa bersalah ke dengan saya? Waktu nak hutang bagi alasan macam-macam.

"Sentuh soal anak bini, saya pun tolong ringankan beban dia. Dah tolong, liat pula nak bayar. Dah liat nak bayar menipu pula," tulisnya di Instagram pada Khamis.

Tambah Shiha, dia sudah bertemu keluarga individu itu, namun usaha tersebut masih tidak membuahkan hasil.

 

Saya rasa dah lama saya bertahan..Tapi hari ni setelah berbincang dengan team,saya harap post saya ni dapat bagi sikit pengajaran buat kalian yang saya maksudkan setelah saya banyak bersabar sejak semalam 1. Buat orang yang menjadi salah seorang kenalan yang saya percaya,terima kasih banyak sebab buat Shiha macamni.Terima kasih sbb MENIPU,terima kasih sbb bawak lari duit saya & hilang tanpa berita.Shiha tak cukup baik ke selama ni?Lepas Shiha bagi pinjam duit,lepas tu kita selalu jumpa,tak rasa bersalah ke dengan Shiha?Waktu nak hutang bagi alasan macam2.Bila dia sentuh soal anak bini,Shiha pun tolong la ringankan beban dia.Dah tolong,LIAT pulak nak bayar.Dah liat nak bayar,MENIPU pulak..Dah MENIPU,bawak lari duit hasil titik peluh orang pulak .Oleh sebab banyak sangat masa dah Shiha bagi,sekarang Shiha bagi setakat minggu ni sahaja untuk selesaikan segala hutang & duit yang awak bawak lari tu..Kalau semua tak diselesaikan dalam minggu ni dalam masa yang sama still hilang tanpa berita.ISNIN depan Shiha tak teragak2 buat report polis & up kan gambar di media sosial dengan harapan dapatlaaaa orang cari awak kot2 la anything bad happen dengan awak..Risau jugak..Call / whatsapp semua kau diam kan?Semalam dah jumpa anak bini awak pun dia tak tau awak pegi mana..Ok now baca & hadamkan ayat ni betul2 2. Yang kedua,semalam ada satu IG yang sangat popular pasal check item samada LEGIT ATAU FAKE masuk diruangan komen Shiha,lepas salah sorang stalker tag nama account tersebut di last posting gambar Shiha.Lepas nampak komen tu Shiha biarkan aje.Nak jugak tengok dia cakap fake ke legit..Tapi komen dia macam tak yakin yang beg tu ORI.Lepas tu ramai pulak orang tanya Shiha kat DM lepas tengok komen tu..Komen kan public kan.So ramai la yang baca..Rasa sedih jugak la bila hasil titik peluh kita,orang lain slumber je cakap kita pakai FAKE even benda tu tak penting pun untuk orang lain..Shiha plak bukan jenis nak inform,nak snap pic,nak snap resit setiap kali beli.So lepas Shiha tengok komen tu,shiha terus DM dia.Dalam DM dia cakap beg Shiha FAKE. & Shiha pulak yang jelaskan kat dia pasal pattern untuk women yang baru masuk di GUCCI..bersambung..

A post shared by Shiha Zikir D'Academy Asia (@shihazikir) on

 

Sambungan..Then baru dia cakap sorry & kononnya nak test Shiha je.Lepas tu komen tu pun dah dipadam dari pihak yang Shiha tak pasti dari siapa.Maybe dari pihak stalker tu..Frustrated sangat sebab Shiha salah sorang followers dia jugak sebab nak tau beza antara ori atau tak.Bukan sebab nak tengok siapa pakai ori ke tak sebab bagi Shiha itu terpulang setiap individu.Selain awak Shiha yakin pihak yang sepatutnya pun buat kerja & tindakan dalam masa yang sama saya sokong dengan apa yg awak cuba ketengahkan cuma alangkah baiknya jaga sensitiviti / aib orang lain.Untuk netizen yang suka sangat TAG2 IG tu untuk check item sesiapa saja,kalau nak sangat membawang,klau banyak sangat masa terluang,just jumpa atau DM je @ehhaboy (GUCCI GARDEN) , cari Mika (GUCCI PAVILLION) / @haidhardenin (LV Starhill) Haa amik.. 3. Shiha harap dengan segala yang Shiha tulis ni,awak ambik secara positif.Study betul2 before judge orang lain.Belajar jadi manusia lebih baik.Sebab kita semua tak sempurna termasuk diri saya sendiri.. 4. Lepas ni jika ada pihak yang cuba menipu atau komen yang mendatangkan fitnah,Shiha tak teragak2 untuk buat tindakan.Kadang bila kita terlalu baik dengan orang,orang pijak kepala.Sekian..

A post shared by Shiha Zikir D'Academy Asia (@shihazikir) on

Shiha memberi amaran kepada seorang rakannya agar membayar hutang minggu ini.

 

"Kalau semua tak diselesaikan dalam minggu ni dalam masa yang sama masih hilang tanpa berita. Isnin depan saya tak teragak-agak buat laporan polis dan muat naik gambar di media sosial dengan harapan dapatlah cari awak.

"Semalam dah jumpa anak bini pun tak tau dia pegi mana," ujarnya.

Kesal dituduh pakai jenama tiruan

Dalam posting yang sama, Shiha turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh memakai beg jenama tiruan oleh pemilik akaun Instagram popular yang membongkar jenama asli atau tiruan digayakan selebriti.

Shiha mengakui kecewa apabila hasil titik peluh yang digunakan untuk membeli beg di butik berjenama terkenal itu didakwa sebagai palsu.

"Semalam ada satu IG yang sangat popular pasal chek item asli atau palsu ruangan komen Shiha, lepas salah sorang netizen tag nama akaun tersebut di foto Shiha.

"Rasa sedih jugak la bila hasil titik peluh kita, orang lain cakap kita pakai barang palsu walaupun tak penting pun untuk orang lain tahu," ujarnya.

 

Shiha kesal beg digayakan dituduh tiruan.

 

Shiha berkata, dia menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut bagi menjelaskan pembelian yang dibuat di butik berkenaan.

Bagaimanapun, tambah Shiha, pihak akaun tersebut sudah meminta maaf terhadap kesilapan mereka menilai beg jenama itu dengan tepat.

Selain itu, Shiha memberitahu tindakannya mendedahkan perkara itu agar pengendali akaun tersebut lebih berhati-hati dan tidak menjatuhkan maruah orang lain secara terbuka.

"Saya kecewa kerana saya antara pengikut IG berkenaan dan saya sokong apa yang cuba dilakukan tapi tolong jaga sensitiviti dan aib orang lain," ujarnya.

Sumber: mStar