WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

BAPA JOE FLIZZOW MENINGGAL DUNIA

Bapa kepada Joe Flizzow, Ishak Nengah telah meninggal dunia pada Isnin


Back To Whats Hot

PETALING JAYA: Bapa kepada penyanyi Joe Flizzow, Ishak Nengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.35 tengah hari, Isnin.

Menurut syarikat pengurusan Joe iaitu KARTEL Records, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan di SS 15, Subang Jaya dan akan disemadikan di Tanah perkuburan Islam MPSJ USJ 22  selepas solat Asar.

"Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

"Jenazah beliau akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan di SS 15, Subang Jaya dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat asar," kata wakil agensi kepada mStar Online.

Sehingga kini, mStar Online belum menerima sebarang kenyataan mengenai punca sebenar kematian Allahyarham.

Sebelum ini, Ishak Nengah, 65, dilaporkan menghidap penyakit Nasopharyngeal carcinoma (NPC) atau barah hidung.

Bekas pembaca berita berbahasa Inggeris TV3 dan pengacara rancangan di RTM ini meninggalkan seorang isteri, Aishah Ali dan tiga anak iaitu Johan (Joe Flizzow), 38, Ashraf, 35, dan Iman, 28.

Beliau merupakan anak kelahiran Bota Kanan, Perak yang pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar Kumpulan The New Straits Times Press dari tahun 1972 hingga 1977.

Sumber: mStar