WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

INSIDEN RAMPAS MIC, HAQIEM RUSLI MINTA BERHENTI CARI KESALAHANNYA

Haqiem menerima kecaman gara-gara insiden dia merampas mikrofon peserta program realiti


Back To Whats Hot

Sekali lagi penyanyi Haqiem Rusli menerima kecaman gara-gara dia merampas mikrofon daripada salah seorang peserta program I Can See Your Voice Malaysia yang disiarkan Sabtu lalu.

Insiden tersebut telah mengundang kemarahan netizen yang menganggap tindakan Haqiem itu bersifat kurang ajar.

Bagaimanapun, Haqiem menerusi laman sosialnya menegaskan program tersebut hanya untuk berseronok dan tidak perlu berfikiran negatif.

Malah, penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini memohon agar netizen berhenti mencari kesalahannya.

"Netizen jangan terlalu nak mencetus sangat fasal program itu. Kita nak have fun sahaja.

"Jangan terlalu negatif, jangan terlalu nak cari kesalahan saya. Terima kasih," kata Haqiem.

Rata-rata peminat Haqiem turut mempertahankannya dan memberitahu penyanyi itu naik ke pentas program tersebut atas permintaan ramai.

Sebelum ini, Haqiem pernah dikecam hebat disebabkan dia menarik semula keputusan untuk berhenti dari industri yang dianggap gimik untuk lagu terbaharunya.

Menurut penyanyi Tergantung Sepi itu, ada segelintir netizen yang tidak memahami konsep program tersebut.

Namun, dia tidak kisah dikecam kerana sudah lali dengan makian dan kena sentiasa berfikiran positif.

"Itulah mereka yang tidak tahu apa maksud 'program'. Tapi tak apa, biar mereka kecam.

"Saya jenis tahan maki dan dah lali. Kita kena sentiasa positif," katanya.

Dalam pada itu, pengacara Jihan Muse yang juga salah seorang panel jemputan rancangan tersebut turut memberi kata semangat buat Haqiem.

"Dik dia begini la. Kalau dah benci tu wangi pun cakap busuk. Kalau suka nau nau tu taik pun dihidu wangi.

"You cannot please everyone lagi-lagi jenis degil kau cakap la, jelas la macam mana pun tetap ada yang gigih putar belit cari alasan lain untuk membenci.

"Jadi, abaikan sajo. Haters gonna hate gitu," kata Jihan.

Program berkonsepkan rancangan asal dari Korea versi Malaysia itu telah menjemput Haqiem sebagai salah seorang panel juri.

Tonton video temubual bersama Haqiem Rusli yang disediakan mStar Online ini.

 

 

Sumber: mStar