WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ZUL ARIFFIN NAFI BERI HARAPAN KEPADA GADIS UKRAINE

Ditanya mengenai ukiran namanya di jari wanita tersebut, Zul berkata, dia sendiri tidak menjangka wanita itu akan melukis inai namanya di jari


Back To Whats Hot

Pelakon Zul Ariffin mahu membiarkan 'masa' yang menjawab segala persoalan mengenai perhubungannya dengan seorang gadis dari Ukraine, seperti yang tular di internet sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun aktor berusia 32 tahun ini menafikan dia bercuti dengan wanita bernama Tanya Glembotska di Phuket, Thailand.

"Saya mengenalinya ketika berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri dan dia juga jalani sesi latihan yang sama," katanya ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, malam tadi.

Ditanya mengenai ukiran namanya di jari wanita tersebut, Zul berkata, dia sendiri tidak menjangka wanita itu akan melukis inai namanya di jari.

"Ia sangat pelik kan. Tulisan nama saya di jarinya itu hanya inai sahaja. Saya tak jangka reaksi sebegitu dan saya sendiri tak akan buat macam tu.

"Saya tak ada jawapan mengenai perkara itu. Saya tak ada beri apa-apa harapan dan saya layan dia sama macam orang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lebih lanjut perkara tersebut dan membiarkan sahaja netizen membuat andaian sendiri.

"Kalau saya cakap sesuatu, mereka akan membuat andaian dan menghukum. Baik atau buruk perkara itu, tak ada beza.

"Saya biarkan mereka buat andaian. Saya akan diam. Kalau komen kiri atau kanan tak ada beza. Mereka tak tahu apa-apa. Biar masa yang menceritakan," katanya.

Sebelum ini, hubungan Zul dan pelakon Zahirah MacWilson telah berakhir pada awal April lalu.

Zul juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit Gayatri Su-Lin namun mereka berpisah sekitar 2015.

Sumber: AWANI