WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SAYA SUDAH TERKENA, RUGI HAMPIR RM40 RIBU: SYAFIQ KYLE


Back To Whats Hot

Pelakon popular, Syafiq Kyle tampil memberikan pendedahan kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan wang haram menerusi panggilan telefon.

Jelas Syafiq, 26, kepada sebuah portal hiburan lain, dia telah kerugian hampir RM40,000.

"Saya sudah terkena dan berharap orang ramai terutama peminat lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang mencurigakan.

"Ini kali pertama saya ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab sepanjang bergelar sebagai artis.

"Apapun, saya reda dengan apa berlaku kerana mungkin bukan rezeki saya," jelasnya lagi.

Aktor ini juga sudah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sumber: SINAR HARIAN