WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SAH! TIADA LAGI RICK GRIMES DALAM 'THE WALKING DEAD'

Andrew Lincoln mengakui watak Rick Grimes sudah sebati dalam jiwanya namun sudah tiba masanya untuk memanjangkan lagi langkahnya dalam dunia lakonan


Back To Whats Hot

Khabar sedih buat peminat Rick Grimes dalam siri 'The Walking Dead'. Pelakon yang menjayakan watak ikonik itu Andrew Lincoln mengesahkan musim kesembilan adalah yang terakhir buatnya bersama siri zombie itu.

Lincoln telah terlibat sebagai watak utama sejak musim pertama pada 2010 dan watak Grimes telah berjaya mengangkat namanya sehingga memenangi beberapa anugerah televisyen antaranya Saturn Award dan People’s Choice Award.

Keputusan Lincoln itu diumumkan ketika dia menjadi panel dalam konvensyen Comic-Con pada Sabtu.

“Ini akan jadi musim terakhir saya memegang watak Rick Grimes.

“Saya sayangkan siri ini, ia amat bermakna buat saya. Saya juga sayangkan mereka yang terlibat membuat dan menontonnya,” kata Lincoln.

Terdahulu dalam konvensyen sama pada Jumaat pencipta komik The Walking Dead, Robert Kirkman memaklumkan keputusan Lincoln meninggalkan siri popular itu.

The Walking Dead telah bersiaran sebanyak 115 episod sepanjang lapan musim sejak tahun 2010. Sejak itu beberapa watak asal telahpun dimatikan sama ada maut digigit zombie atau mati akibat perbalahan sesame manusia.

Meskipun tiada lagi watak Rick Grimes di kaca televisyen, peminat The Walking Dead masih boleh bersamanya dalam versi komik.

 

 

Sumber: AWANI