WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

SUDAH HILANG 25KG, ABAM BOCEY FOKUS MAHU TURUNKAN 88KG LAGI

Tambah Abam, dia akan terus fokus meneruskan diet sehingga hujung tahun


Back To Whats Hot

Pelawak terkenal, Abam Bocey mendedahkan bahawa berat badannya sudah mulai turun dan dia akan terus berdiet untuk mencapai sasarannya.

"Berat badan saya sebelum ini adalah 188 kilogram, sekarang sudah turun sehingga 163 kilogram.

"Musim perayaan memang agak mencabar, kebiasaannya kita akan makan macam-macam jenis makanan," katanya.

Abam ditemui di majlis rumah terbuka dan pelancaran filem Jodoh Syaitan bertempat di Lake Park Residence, Batu Caves semalam.

Tambah Abam, dia akan terus fokus meneruskan diet sehingga hujung tahun.

"Saya akan terus berdiet selepas musim perayaan ini dan merancang untuk hilang 88 kilogram sehingga hujung tahun ini," katanya.

Abam bakal membintangi filem Jodoh Syaitan arahan Ismail Bob Hashim bersama Aprena Manrose dan Soffi Jikan.

Filem tersebut turut menampilkan lakonan hebat Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Teks: Asraf Aided

Sumber: AWANI