WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST

06.00am - 10.00am

DUA KALI TERPAKSA TANGGUH PEMBEDAHAN TONSIL

Penyanyi lagi Sabar itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta sejak Selasa lalu, sebelum dibenarkan pulang semalam


Back To Whats Hot

Demi komitmen terhadap kerjaya nyanyian, penyanyi remaja, Ismail Izzani terpaksa menangguhkan pembedahan membuang tonsil buat kali kedua.

Ismail, 18, berkata, pembedahan itu hanya akan dijalaninya tahun depan memandangkan dia bakal mengadakan jelajah konsert mini di beberapa lokasi sepanjang November dan Disember ini.

"Sebelum ini, saya menolak untuk menjalani pembedahan apabila keadaan kesihatan bertambah baik. Masalah tonsil yang dialami itu hanya perlu dirawat dengan menjaga pemakanan.

"Tidak sangka pula, masalah itu berulang lagi, baru-baru ini. Doktor menasihatkan saya supaya segera menjalani pembedahan, tetapi saya perlu selesaikan terlebih dulu, perancangan jelajah konsert mini.

"Insya-Allah, selesai semuanya nanti, baru saya akan jalani pembedahan itu tahun depan," katanya ketika ditemui pada sidang media kempen kesedaran kanser, #AirAsiaMAKNA, di sini, petang tadi.

Penyanyi lagi Sabar itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta sejak Selasa lalu, sebelum dibenarkan pulang semalam.

Ditanya mengenai punca masalah yang dihadapinya semula itu, Ismail berkata, ia berkemungkinan daripada pengambilan makanan laut yang membuatkan tekaknya kegatalan.

Mengulas mengenai siri jelajah konsert mininya itu, Ismail berkata, ia masih lagi dalam proses perbincangan dan berharap dapat dilaksanakan seperti dirancang.

"Saya akan menjelajah beberapa lokasi termasuk Sabah dan Sarawak, selain Singapura. Konsert mini ini bertujuan merapatkan hubungan saya dengan peminat yang sentiasa menyokong tanpa henti.

"Ia juga menjadi pemanas sebelum pelancaran album saya, tahun depan. Lebih teruja, beberapa rakan artis juga akan bergandingan menjayakan konsert mini ini," katanya.

Sumber: Berita Harian