WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'ASYIK DITANYA, BAIK BUKA SYARIKAT SENDIRI'

Dijangka mula beroperasi akhir tahun ini, Ezad memberitahu, syarikat itu akan dipelbagaikan kegiatannya termasuk menerbitkan lagu dan video muzik


Back To Whats Hot

Sering didatangi bakat baharu yang meminta bantuan pengurusan kerjaya, Ezad Lazim dan isteri akhirnya sepakat menubuhkan syarikat seumpama itu sebagai perancangan masa depan.

Dijangka mula beroperasi akhir tahun ini, Ezad memberitahu, syarikat itu akan dipelbagaikan kegiatannya termasuk menerbitkan lagu dan video muzik.

"Isteri saya, Nor Azeana Ramli selama ini kerap didatangi artis baharu yang meminta bantuan melancarkan kerjaya mereka.

"Idea penubuhan syarikat ini sudah difikirkan sejak bertahun-tahun selama berada dalam industri ini. Kami bertemu ramai calon penyanyi rakaman berbakat besar.

"Selepas memperincikan pelbagai perkara, kami harap syarikat ini bukan sekadar menguruskan artis, malah mampu mengendalikan acara dan rakaman lagu atau video muzik.

"Kalau tiada aral, ia mungkin dapat beroperasi secara rasmi menjelang akhir tahun ini, iaitu selepas kontrak saya dengan Music Valley Malaysia (MVM) tamat," katanya.

Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 38, memberitahu, MVM yang memayungi kerjaya seninya sejak lapan tahun lalu, sudah dimaklumkan mengenai rancangannya itu.

"Saya masih dalam kontrak dengan MVM yang dijangka tamat, akhir tahun ini. Jadi, hingga tempoh itu saya masih bersama MVM. Andai saya mempunyai syarikat pengurusan sendiri, siapa tahu kami boleh bekerjasama.

"Sepanjang bernaung dengan MVM, saya banyak belajar termasuk soal pengurusan. Sudah tentu jasa mereka tidak ternilai," katanya.

Sumber: Berita Harian