WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

MEGHAN MARKLE DILARANG MAKAN BAWANG PUTIH PULA

Ratu Elizabeth melarang Meghan menikmati bawang putih bukan tanpa sebarang alasan tetapi mahu isteri kepada Putera Harry itu bebas daripada bau mulut


Back To Whats Hot

Selepas melangsungkan pernikahan dengan Putera Harry pada 19 Mei yang lalu, Meghan Markle secara rasminya menjadi anggota keluarga kerabat diraja British. 

Sudah tentunya berbagai peraturan istana yang perlu dipatuhi dan salah satu peraturannya adalah tentang etika makan di khalayak umum.

Seperti diketahui, Meghan amat menyukai bawang putih di dalam semua masakannya tetapi dia terpaksa melupakan bawang putih selepas berkahwin.

Ratu Elizabeth melarang Meghan menikmati bawang putih bukan tanpa sebarang alasan tetapi mahu isteri kepada Putera Harry itu bebas daripada bau mulut yang disebabkan bawang putih.

"Kita tidak boleh menyediakan makanan yang dimasak dengan bawang putih atau terlalu banyak bawang," kata cef diraja British, Darren McGrady.

Namun begitu, Meghan masih dibenarkan untuk makan apa sahaja yang dia mahu.

Teks: Noor Zulaikha Yusof

Sumber: AWANI