WHAT'S NEXT

CATS TOP 30 RAYA

10.00am - 01.00pm

JURUCAKAP VICTORIA DAN DAVID BECKHAM JELAS STATUS PERKAHWINAN

Gosip mengenai keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti mula diperkatakan


Back To Whats Hot

Tular di media sosial apabila pasangan selebriti popular Hollywood, Victoria Beckham dan David Beckham dilaporkan sudah bercerai.

Status hubungan pasangan itu hangat diperdebatkan oleh peminat mereka yang ingin mengetahui kesahihan berita tersebut.

Menurut laporan The Sun, seorang wakil pasangan itu tampil memberi penjelasan berhubung status hubungan pasangan itu.

"Dakwaan yang mengatakan Victoria Beckham dan David Beckham bercerai adalah tidak betul.

"Buat masa ini mereka masih merupakan suami isteri dan dakwaan yang tersebar itu amat mengejutkan.

"Jangan membuang masa untuk menyebarkan berita palsu di media sosial kerana ia amat merugikan," katanya.

Gosip mengenai keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti mula diperkatakan selepas mereka sering menghadiri majlis pertunjukan fesyen secara berasingan sejak akhir-akhir ini.

Susunan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: AWANI