WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

PERTEMUAN BERSEJARAH! TRUMP DAN JONG-UN BERJABAT TANGAN

Ini adalah pertemuan julung kali antara pemimpin utama negara Uncle Sam itu dengan Jong-Un


Back To Whats Hot

SINGAPURA: Senyum sambil berjabat tangan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkongsi detik bersejarah dalam pertemuan julung kali dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Sejurus jam 9 pagi, Trump dan Jong-un berjalan ke arah satu sama lain dan berjabat tangan sebelum Trump meletakkan tangannya di bahu Jong-un, ketika bergambar di hadapan barisan bendera AS dan Korea Utara di Hotel Capella di Pulau Sentosa, Singapura hari ini.

Kedua-dua pemimpin kemudian berjalan seiring ke arah laluan hotel tersebut, bercakap ringkas.

Ini adalah pertemuan pertama antara mana-mana pemimpin negara Uncle Sam dengan Korea Utara, yang sebelum ini mengamalkan sikap yang sangat tertutup.

Pertemuan bersejarah itu diharap dapat mengakhiri permusuhan tujuh dekad AS-Korea Utara serta menguburkan aktiviti senjata nuklear Pyongyang.

Kedua-dua pemimpin dijadual untuk mengadakan perbincangan tertutup kira-kira 45 minit sebelum disertai oleh para pembantu dan makan tengah hari.

Sumber: AWANI