WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SELEPAS REUNION, SPICE GIRLS BAKAL MUNCUL DENGAN KARTUN ANIMASI

Spice Girls dikatakan akan tampil versi kartun yang mana mereka sebagai pahlawan dan masing-masing dengan 'kuasa wanita yang unik'


Back To Whats Hot

Selepas dilaporkan kembali bersatu semula pada Mac lalu, Emma Burton mengesahkan kumpulan Spice Girls sedang mempertimbangkan untuk membuat filem superhero animasi mereka sendiri.

Spice Girls dikatakan akan tampil versi kartun yang mana mereka sebagai pahlawan dan masing-masing dengan 'kuasa wanita yang unik'.

Dalam temu bual dengan rancangan TV Britain 'This Morning', Emma memberitahu hos Holly Willoughby dan Phillip Schofield bahawa filem itu antara perkara yang mereka bincangkan.

Menurut portal Variety, filem berkenaan akan memberi tumpuan kepada mesej feminis 'kuasa wanita' dan membangkitkan slogan 1990 terkenal mereka untuk generasi baru.

Selain Emma, Spice Girls dianggotai oleh Victoria Becham, Melanie Chisholm, Geri Halliwell, dan Melanie Brown.

Sumber: AWANI