WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DIKECAM NETIZEN KERANA TAK BERTUDUNG, INI JAWAPAN JASMIN HAMID

Jasmin memberitahu dia amat terguris dengan mesej netizen tersebut yang dianggap kasar


Back To Whats Hot

Pelakon Jasmin Hamid mendedahkan mesej peribadi seorang netizen lelaki di Instagram (IG) yang mengecamnya kerana tidak bertudung.

Menerusi mesej tersebut, netizen itu memberitahu Jasmin tidak sedar diri kerana sudah tua.

Netizen itu turut menakutkan Jasmin mengenai azab di dalam kubur dan api neraka.

 

Alhamdulillah... Walaupun kamu hantar DM tapi kata-kata kamu telah MENGHINA dan MENGGURIS perasaan saya.. Tidak bermakna kamu DM, kamu boleh cakap apa sahaja tanpa mengira perasaan orang lain dengan alasan tidak mahu MENGAIBKAN.. Beginikah cara kamu untuk mengajak orang menuju ke jalan Allah? JAHATNYA MULUT ORANG LELAKI SEKARANG NI??? APAKAH??? Itu dosa saya dengan Allah dan bagaimana pula dosa kamu dengan orang yang kamu guris perasaannya ?Adakah kamu sudah pasti bahawa segala amalan kamu di terima Allah dan kamu sempat bertaubat sebelum di jemput pulang nanti? Kerana itu semua rahsia ALLAH.. Adakah Islam ini kerjanya hanya bercerita tentang Hukum dan api neraka sahaja? Kenapa tidak kamu bercerita dan memberitahu kepada saya yang kamu anggap JAHIL dan menjadi penghuni api neraka ini tentang INDAHNYA ISLAM untuk lembutkan hati saya untuk lebih dekatkan diri padaNya.. Beginikah cara orang yang mempunyai IMAN berbicara? . . Orang -orang yang saya kenal dengan TINGGI ILMU AGAMANYA dan BERIMAN , tidak pernah menghukum orang lain malah LISAN mereka amat lembut dan amat menyenangkan hati bila berbicara dengan mereka dan membuatkan saya ingin mendekati orang-orang ini... Saya hanya hambaNya yang lemah dan tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan... Saya juga berusaha mencari jalan yang di redhai Allah.. Kalau begini cara kamu berdakwah, tidak mustahil orang yang kamu anggap Jahil akan pergi jauh dari kamu.. Jangan sampai segala amalan kamu BOCOR kerana RIYA.. . JANGAN TAKABUR dengan ILMU yang kamu ada kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI.. Jaga adab bila masuk rumah orang kalau kamu rasa kamu penuh IMAN DI DADA... . . Inilah mesej yang ingin di sampaikan dalam drama #nur untuk buka mata masyarakat yang hanya TAHU MENGHUKUM, bukan mahu mendidik ke jalan Allah.. Ramai la pulak lagi yang nak kena BLOCK ni... Sibuk sangat tentang TUDUNG. Macamana pula dengan orang yang bertudung tapi TAK SOLAT , masih lakukan kemungkaran dan bertudung tapi tidak menurut Syariat Islam? Adakah tudung hanya ingin tutup mulut manusia ? Ini yang banyak terjadi sekarang terutama waktu buka puasa di luar sampai terlepas SOLAT MAGHRIB.. #allahmahabesar #allahmahapenyayang #takbur #riya

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

 

Menerusi entri yang sama Jasmin turut membalas mesej tersebut di dengan menulis di dalam kapsyennya.

Jasmin memberitahu dia amat terguris dengan mesej netizen tersebut yang dianggap kasar.

Pelakon itu memberitahu cara lelaki tersebut tidak sesuai untuk mengajak orang lain ke jalan Allah.

Jasmin berkata masyarakat kini hanya tahu menghukum bukan mahu mendidik.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata bersetuju dengan pelakon tersebut.

Sumber: AWANI