WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

TAMPIL KURUS DAN PUCAT, PEMINAT RISAUKAN JOHNNY DEPP

Keterujaan wanita itu berkongsi gambar terhenti apabila ramai netizen yang memberikan komen lebih kepada kebimbangan terhadap keadaan kesihatan Depp


Back To Whats Hot

Foto-foto aktor popular Johnny Depp bergambar dengan peminat di Rusia pada minggu lalu telah mencetuskan kebimbangan di kalangan netizen sehingga ada yang beranggapan aktor tersebut kini sedang sakit.

Lapor agensi berita antarabangsa, Depp, 54 tahun dilihat merakamkan gambar dengan dua jurusolek dan jurugaya sebelum beraksi dalam satu konsert bersama kumpulan muziknya The Vampires Hollywood.

Gambar-gambar itu dirakamkan di hotel Four Seasons di St. Petersburg, Moscow iaitu lokasi persembahan kumpulan muzik tersebut.

Keterujaan wanita-wanita itu berkongsi gambar terhenti apabila ramai netizen yang memberikan komen lebih kepada kebimbangan terhadap keadaan kesihatan Depp.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan ia mungkin penampilan baru Depp bagi filemnya yang akan datang.

 

Tampil kurus dan pucat, peminat risaukan Johnny Depp

 

 

 

 

 

Sumber: AWANI