WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

VIDA LANCAR SINGLE RAYA, LAVIDA RAYA

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida melancarkan single rayanya bertajuk 'Lavida Raya' di Youtube di rumahnya Meru Height, Ipoh


Back To Whats Hot

IPOH: Selepas single 'I Am Me' yang mencapai jumlah tontonan 11 juta, usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida melancarkan single rayanya bertajuk 'Lavida Raya' di Youtube malam tadi.

Kali ini, Vida memilih genre rancak yang lebih 'catchy' hasil ciptaan komposer dan penyanyi Cat Farish manakala lirik ditulis Mohd Hilmi.

Vida ketika ditemui di rumahnya di Meru Heights di sini selepas melancarkan single itu malam tadi berkata, kos pembikinan muzik video singlenya itu tidak terlalu mahal berbanding I Am Me.

Katanya, lokasi video muzik dirakam adalah di kediamannya sendiri yang menggunakan penari daripada kalangan kenalannya sendiri serta turut menampilkan dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak sebagai watak utama.

"Saya memilih genre yang lebih 'catchy' supaya lagu ini akan menceriakan suasana Hari Raya semua peminat saya di seluruh negara dan semua peminat serta orang ramai boleh menari bersama selepas melihat muzik video lagu itu.

"Pembikinan muzik video itu dibuat di rumah saya sehari sebelum 1 Ramadan dan kebanyakan gaya tarian dalam muzik video itu adalah hasil idea Cik B dan saya sendiri," katanya.

Hingga pagi ini, jumlah tontonan muzik video single Datuk Seri Vida di YouTube itu sudah mencecah jumlah tontonan 45,000 dan ia dijangka memberikan saingan kepada lagu I Am Me sebelum ini.

Datuk Seri Vida berkata, sempena pelancaran lagu itu malam tadi, beliau juga akan memberikan duit raya serta barangan peribadi miliknya kepada peminat yang berjaya memenangi Cabaran Lavida Raya.

"Saya akan memberikan hadiah RM100 serta barangan peribadi saya seperti kasut, beg tangan dan pakaian setiap hari selama seminggu kepada peminat-peminat saya.

"Pemenang yang share (kongsi) muzik video single itu dengan #lavidaraya di akaun media sosial mereka serta memberikan komen terbaik akan dipilih sebagai pemenang," katanya.

 

 

Sumber: Berita Harian