WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

GANDINGAN 'CINTA SYURGA' CTDK DAN KHAI BAHAR MENJADI!

Lagu Cinta Syurga gandingan Datuk Siti Nurhaliza dan Khai Bahar terus trending di YouTube


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini kembali dengan lagu terbaharunya, Cinta Syurga selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama, Siti Afiah pada 19 Mac lalu.

Lagu Cinta Syurga yang diilhamkan dari melodi Si Comel Pipi Merah, berganding dengan penerima Anugerah Meletop, Khai Bahar.

“Melodi lagu terbaru ini diambil dari Si Comel Pipi Merah dan diilihamkan kepada zikir.

“Bergandingan dengan Khai Bahar,” katanya di akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Siti berharap bertepatan dengan bulan Ramadan ini, orang ramai akan mendengarnya disamping mengumpul ganjaran pahala.

“Selari dengan bulan Ramadan, tonton, dengar dan beramal serta membuat pahala,” jelasnya lagi.

Muzik video Cinta Syurga yang dilancarrkan dua hari lalu di YouTube sudah mencecah 360 ribu tontonan dan kini terus trending.

Terdahulu, Siti mencipta lagu Si Comel Pipi Merah khas buat anak pertamanya.

Sumber: AWANI