WHAT'S NEXT

CATS TOP 30 RAYA

10.00am - 01.00pm

RUGI RM35,000, SHERRY IBRAHIM KENA ROMPAK

Sherry pasrah dengan dugaan yang menimpa perniagaannya dua kali berturut-turut dalam tempoh kurang sebulan


Back To Whats Hot

Pelakon Sherry Ibrahim tampil membuat laporan polis apabila mengalami kerugian hampir RM35,000 setelah tiga kotak tudung jenamanya, Sherry Scarves hilang ketika dalam perjalanan ke Brunei.

Dalam ketiga-tiga kotak yang hilang itu terdapat sekurang-kurangnya 312 helai tudung untuk dijual sempena Letop Lebaran 2018 di negara jiran itu.

"Sedih dan reda dengan apa yang berlaku hari ini. 

"Petang tadi dapat call dan diberitahu tiga kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung Sherry Scarves hilang dalam perjalanan!

"Dan kotak-kotak selebihnya semua dalam keadaan basah.

"Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (jumlah tudung sebanyak 312 helai)," tulisnya di laman Instagram Khamis malam.

Bagaimanapun, Sherry pasrah dengan dugaan yang menimpa perniagaannya dua kali berturut-turut dalam tempoh kurang sebulan.

"It's okay, ini adalah dugaan untuk Sherry dan team Sherry Scarves. 

"Tak semua sanggup nak susah untuk mencari dan mendapat rezeki yang halal.

"Mungkin itu cara sesetengah golongan yang nak hidup senang.

"Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," tambah Sherry.

 

Baru 2 minggu lepas 8 handphone dalam office kene curik... Hari ini another kes... Sedih dah Redha dengan ape yg berlaku hari ini. Petang tadi dapat call & diberitahu 3 kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung SherryScarves HILANG dalam perjalanan ! Dan yang kotak2 selebihnye semue dalam kedaan basah . Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35K ( Jumlah scarves sebanyak 312 Helai ) . It’s okay , ini adalah dugaan untuk Sherry dan team SherryScarves . Tak semue yang sanggup nak susah untuk mencari dan mendapat rezeki yang halal. Maybe itu cara sesetengah golongan yang nak hidup senang Sedih memang sedih tapi apa2 pun Sherryscarves akan bawak stock yang cukup untuk orang2 Brunei sempena event Letop Lebaran 2018 in few days time. I tak nak sedih2 and down sebab first time nak ke Brunei dan perasaan excited lebih dari nak tibe2 sad .. Well I believe setiap yg berlaku pasti ade hikmahnye. ALLAH swt sayang kite bile die sentiasa uji kite WE WILL NOT GIVE UP ! Go @sherryscarves ! . #sherryscarves #letoplebaran2018

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

 

Sumber: Awani