WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

AMBOI! SIAPA DIA JAMIE CHUA PEMILIK 200 BEG HERMES BIRKIN INI?

Jamie dilaporkan memiliki pelbagai koleksi beg tangan Hermes Birkin yang kini menjadi bualan hangat netizen di media sosial


Back To Whats Hot

Selebriti media sosial, Jamie Chua merupakan antara salah seorang individu yang memiliki minat dalam mengumpul beg tangan berjenama Hermes Birkin.

Jamie dilaporkan memiliki pelbagai koleksi beg tangan Hermes Birkin yang kini menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Ini merupakan 10 fakta menarik mengenai Jamie:

1. Ketika berusia 21 tahun, Jamie pernah bekerja sebagai seorang pramugari di Singapore Airlines.

2. Ketika bertugas, Jamie berkenalan dengan suaminya, Nurdian Cuaca yang merupakan seorang jutawan dari Indonesia.

3. Ketika majlis perkahwinan, Jamie menyarungkan gaun perkahwinan mewah seberat 30 kilogram.

4. Mereka dikurniakan dua orang anak bernama Calista, 19 dan Cleveland, 23 dan bercerai pada Februari 2010. Bekas suami Jamie memberikan pampasan dengan nilai yang banyak selepas mereka berpisah.

5. Wanita ini mula mengumpul beg tangan berjenama Hermes Birkin sejak tahun 2003.

 

 

6. Jamie memiliki lebih daripada 200 koleksi beg tangan berjenama Hermes Birkin.

7. Wanita ini turut mempunyai ruangan menyimpan barangan koleksi peribadi bersaiz 700 kaki persegi di dalam rumahnya.

8. Dalam simpanan Jamie, dia memiliki lebih daripada 300 pasang kasut berjenama.

9. Memiliki tubuh langsing, dia tidak pernah pergi ke pusat kecergasan (gym) walaupun sekali dalam hidupnya.

10. Jamie Chua merupakan pengasas produk kecantikan berjenama Luminous1.

Sumber: Awani