WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'SAYA NAK TRY SYED SADDIQ?' - EMMA MAEMBONG

"Saya muat naik video bersama Saddiq hanya untuk mengucapkan tahniah kepadanya sebagai seorang kawan, itu sahaja


Back To Whats Hot

Pelakon Emma Maembong menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia cuba mendekati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Sebenarnya, sudah lebih dua tahun saya mengenali Saddiq, sebelum dia bergelar Ahli Parlimen lagi. Dia pernah menghadiri beberapa acara yang saya anjurkan, bahkan dia juga pernah hadir ke majlis tayangan filem lakonan saya, Kimchi Untuk Awak.

"Ada orang dakwa saya cuba nak 'try' Saddiq selepas saya memuat naik sebuah video boomerang bersamanya di laman Instagram sempena kemenangan Saddiq di Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari. Tak ada istilah 'try' pun.

"Periksa semula laman Instagram saya dan semuanya boleh dilihat sendiri. Dari dulu lagi saya pernah memuat naik foto bersama Saddiq kerana kami memang berkawan, tetapi mungkin pada masa itu tiada sebarang isu kerana Saddiq tidak popular seperti sekarang," kata Emma, yang merupakan pelakon drama bersiri, Awak Suka Tak.

Kakak kepada Chacha Maembong ini juga menafikan dia menyokong mana-mana parti politik.

"Saya muat naik video bersama Saddiq hanya untuk mengucapkan tahniah kepadanya sebagai seorang kawan, itu sahaja.

"Saya juga pernah memuat naik foto bersama bapa saudara yang merupakan bekas exco Menteri Besar Terengganu. Saya akui membesar dengan UMNO, bapa saya merupakan pelukis di PWTC dan dia yang melukis gambar pemimpin UMNO di PWTC.

"Tetapi saya sendiri mengambil pendekatan untuk tak melibatkan diri atau bercerita mengenai mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui di sidang media Back To Back Raya Galore Festival Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific semalam.

Emma yang mengusahakan jenama pakaian Emma RTW bakal menyertai festival fesyen dan kecantikan terbesar yang diadakan di Kelantan pada 18 dan 19 Mei, Kedah (1 & 2 Jun), Pahang (2 & 3 Jun) dan lokasi kemuncak di PWTC pada 8 sehingga 10 Jun selama 72 jam tanpa henti.

Sumber: Awani