WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TAHNIAH ABAM BOCEY! ANDA SUDAH BERJAYA TURUNKAN 15 KILOGRAM

Abam berharap dapat membuat pembaharuan pada tahun depan dari segi karier bukan sebagai pelawak tapi seorang pelakon yang versatil


Back To Whats Hot

Pelawak Abam Bocey semakin bersemangat meneruskan program diet untuk turunkan berat badan yang kini berjaya mencecah 173 kilogram.

Jelasnya, dia berjaya mengurangkan 15 kilogram daripada berat asal 188 kilogram dalam tempoh 3 minggu dengan melakukan rutin diet dan senaman.

"Ikut kontrak selama 3 bulan, saya lakukan diet untuk turunkan badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan pantau saya menerusi mesej di group WhatsApp," katanya.

Tambahnya, ada 40 orang dalam kumpulan aplikasi WhatsApp itu termasuk Abam yang berkomunikasi menerusi mesej.

"Apa yang saya makan setiap hari akan dihantar ke dalam kumpulan itu dan mereka akan menilai sama ada makanan itu okey, tidak, menepati citarasa atau kalori yang diperlukan setiap hari.

"Mengikut teori diet mereka, 80 peratus merujuk aspek pemakanan manakala senaman sebanyak 20 peratus," katanya.

Abam yang ditemui selepas program Bocey & Friends Live memberitahu dia turut pergi ke gimnasium dan bermain badminton untuk aktivti senaman.

"Sasaran saya selepas 3 bulan adalah lebih kurang 150 kilogram tapi sasaran sebenar saya sehingga hujung tahun untuk turunkan 80 kilogram, kalau dapat lebih bawah lagi bagus," katanya.

Ujarnya, Achey dan Fad juga memberi sokongan padanya untuk turunkan berat badan.

"Pada mulanya, mereka ketawakan saya sebab dah lebih 10 kali saya cerita pada mereka nak turunkan berat badan sehingga pada satu malam mereka 'order' seafood tapi saya tak makan. Mereka kemudian faham dan bagi sokongan moral pada saya," katanya.

Abam berharap dapat membuat pembaharuan pada tahun depan dari segi karier bukan sebagai pelawak tapi seorang pelakon yang versatil yang boleh membawa watak serius dan aksi.

Pada penonton, jangan lupa saksikan Bocey & Friends Live yang disiarkan pada setiap Jumaat jam 10 malam di Astro Warna and Warna HD.

Persembahan komedi pentas ini dibawakan oleh CIMB.

Sumber: AWANI