WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

AVENGERS: INFINITY WAR - EPIK, HEBAT, PENANTIAN YANG SANGAT BERBALOI

Penonton juga berpeluang melihat sisi lain setiap adiwira yang ada dalam filem ini termasuk dapat mengenali personaliti Thanos itu sendiri


Back To Whats Hot

Penantian 10 tahun yang berbaloi untuk peminat filem-filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU) terbitan Marvel Studios apabila filem 'Avengers: Infinity War' menakluki pawagam-pawagam seluruh Malaysia semalam. Dan seperti yang dijangka, tiket bagi filem ini habis dijual seperti pisang goreng panas kerana filem ini sangat epik!

Filem ketiga dari siri Avengers ini merupakan filem ke-19 dalam MCU. Ia merupakan antara filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat serata dunia kerana akhirnya kita dapat melihat adiwira-adiwira Marvel berperang dengan Thanos - watak antagonis hebat yang akan berbuat apa sahaja asalkan tujuannya untuk mengumpul kesemua Infinity Stones tercapai. Malah, trailer filem ini sahaja telah ditonton sebanyak 171 juta kali di YouTube.

Pihak Marvel Studios dan pengarah filem ini iaitu, Anthony dan Joe Russo sangat bijak dalam memastikan filem ini tidak dibocorkan oleh pihak yang menonton filem ini lebih awal dengan melancarkan kempen #ThanosDemandYourSilence di mana hashtag ini turut disokong oleh netizen di seluruh dunia kerana mereka semua bersetuju bahawa 'spoiler' untuk filem sehebat ini sangat tidak boleh diterima.

Untuk pengetahuan anda juga, pengarah filem ini telah memberi skrip palsu kepada pelakon-pelakonnya sendiri bagi menjaga kualiti dan keterujaan filem ini.

Berbalik kepada filem, bersesuaian dengan tajuknya, Avengers: Infinity War, penonton disajikan dengan aksi 'non-stop' dari minit pertama lagi dan ia disusun dengan baik walaupun filem ini mengumpulkan 76 watak adiwira seperti Iron Man, Hulk, Captain America (tetapi dalam filem ini beliau bukan Captain America), Black Panther, dan Thor dalam satu filem. Gadingan antara watak juga amat baik.

Selain itu, filem ini juga mempunyai unsur humor yang sinonim dengan MCU tetapi jangan khuatir, ia tidak menganggu perjalanan cerita. Pengarah juga berjaya menyentuh emosi penonton menerusi adegan-adegan yang tidak disangka. Bagi menambah perisa, penonton juga berpeluang melihat sisi lain setiap adiwira yang ada dalam filem ini termasuk dapat mengenali personaliti Thanos itu sendiri.

Jika anda bukan pengikut filem-filem MCU, tetapi anda ingin menonton filem, anda haruslah menonton filem pertama terbitan Marvel Studios seperti Iron Man 1, Captain America: The First Avenger dan seterusnya kerana 'Infinity War' sangat berkait dengan filem-filem yang diterbitkan sebelum ini. Ia akan membuatkan anda lebih teruja dan anda akan bersorak di pawagan bila tiba adegan-adegan yang 'mind-blowing' dalam filem ini.

Jangan sesekali tinggalkan tempat duduk anda apabila filem ini habis walau apa pun yang berlaku kerana anda pasti tidak mahu terlepas dengan kejutan yang disajikan pada bahagian 'post credit' filem ini.

Selepas menontonnya, ingat kempen #ThanosDemandYourSilence dan jangan bocorkan jalan ceritanya! Akhir sekali, pergi tonton filem ini kerana ia sangat hebat dan epik sehingga mendapat rating yang tinggi di IMDb.

Apa-apa pun, Avengers: Infinity War penuh dengan kejutan kerana segala teori yang dibuat oleh peminat dan pengkritik filem ini, berjaya dibuktikan salah oleh pihak produksi. Namun, apa teori sebenarnya? Apa tujuan Thanos mengumpulkan kesemua enam Infinity Stones itu? Jika anda nak tahu, tontonlah filem ini!

Sumber: AWANI