WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

HARAM: BUKAN MUDAH UNTUK SAYA MENERIMA LAMARAN HAEL - DAYANG NURFAIZAH

Menurut Dayang, bukan mudah untuk dia menerima tawaran berduet bersama penyanyi lain kerana risau sukar mencari kesesuaian suara dalam nyanyian


Back To Whats Hot

PENYANYI Dayang Nurfaizah mengakui perlu mengambil masa agak lama untuk menerima lamaran yang diberikan oleh Hael Husaini.

Menurut Dayang, bukan mudah untuk dia menerima tawaran berduet bersama penyanyi lain kerana risau sukar mencari kesesuaian suara dalam nyanyian.

"Saya membuat keputusan untuk berduet selepas saya mendengar sendiri lagu dan mengkaji kesesuaian suara kami berdua.

"Ia juga penting untuk melihat sama ada suara saya mampu atau tidak menyanyikan lagu tersebut kerana risau lagu yang dinyanyikan itu tidak menjadi.

“Saya bersyukur kerana hasil yang kami peroleh sangat baik dan saya sukakan suara Hael serta melodi Haram ini juga.

 

 

"Lagu 'Haram' ini juga merupakan gabungan antara dua muzik yang biasa kami berdua bawa sebelum ini dan saya berharap peminat akan menyukainya," katanya kepada Astro Gempak.

Dayang berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single dan muzik video Haram yang diadakan di The Gasket Alley, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sumber: Awani