WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

LELAKI SANGGUP ROMPAK BANK UNTUK LAMAR TAYLOR SWIFT

Sanggup merompak bank demi memikat hati penyanyi terkenal Taylor Swift


Back To Whats Hot

SEORANG lelaki di Amerika Syarikat dilapor sanggup merompak bank demi memikat hati penyanyi terkenal Taylor Swift.

Bruce Rowley, 26 tahun, dituduh merompak bank berkenaan di Ansonia pada 4 April lalu.

Menurut polis, selepas merompak bank, Rowley kemudian dilapor memandu sejauh 97 kilometer ke kediaman penyanyi berkenaan dan melempar wang rompakan berjumlah AS$1,600 (kira-kira RM6,200) melepasi pagar rumah bintang itu.

Polis Rhode Island kemudian bertindak mengejar suspek yang dalam perjalanan balik ke Connecticut sebelum memberkasnya.

Semasa ditahan, Rowley didakwa menceritakan rancangannya itu kepada anggota polis.

Sumber: Awani