WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DUKUN CATAT SEJARAH, DITAYANGKAN 34 KALI SEHARI, KUTIP RM6.2 JUTA DALAM 4 HARI

Filem Dukun merupakan filem pertama syarikat tersebut yang berjaya mencatatkan rekod tersebut


Back To Whats Hot

FILEM Dukun terbitan Astro Shaw mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta selepas empat hari ditayangkan.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, filem Dukun merupakan filem pertama syarikat tersebut yang berjaya mencatatkan rekod tersebut.

“Ini adalah kali pertama filem terbitan kami yang berjaya meraih kutipan mencapai RM 6.2 juta dalam tempoh empat hari.

“Kami sememangnya mengharapkan filem ini diterima oleh penonton di luar sana. Namun, kami tidak menjangkakan sambutan luar biasa seperti ini.

“Saya ingin merakamkan ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini terutamanya kepada penerbit eksekutif, Dominique Hue dan sutradara Dain Said yang telah menghasilkan sebuah karya yang hebat.

“Usaha dan komitmen pelakon yang terus memberikan kerjasama dalam mempromosikan filem ini sangat kami hargai.

“Astro Shaw berharap agar penonton akan terus memberi sokongan pada filem tempatan dan tayangan filem Dukun akan terus bertahan di pawagam,” katanya.

Tambah Najwa, trailer filem Dukun juga mencatatkan sejarah manis buat Astro Shaw.

“Trailer Dukun yang dimuat naik di laman YouTube berjaya mencecah sejuta tontonan selepas enam hari dilancarkan. Gimik video viral #PerempuanKebayaMerah pula telah ditonton melebihi 30 juta kali.

“Filem ini juga merupakan filem pertama Astro Shaw yang mempunyai 34 kali tayangan dalam masa sehari pada satu pawagam serta berada di kedudukan pertama mengatasi filem antarabangsa,” katanya lagi.

Filem arahan Dain Said yang menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai tunjang utama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan keseluruhan filem Dukun di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!

Sumber: Awani