WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SERAMAI 52 OPERATOR DAN KAKI JUDI DITAHAN

Polis sedang memeriksa premis yang diserbu


Back To Whats Hot

KUCHING - Seramai 52 operator dan kaki judi ditahan menerusi 41 serbuan di 14 daerah di Sarawak dalam operasi yang dijalankan dari 26 Mac hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Dato Dev Kumar berkata, tangkapan tersebut membabitkan lelaki dan wanita tempatan berusia antara 17 hingga 57 tahun termasuk seorang warga asing.

Beliau dalam satu kenyataan media hari ini berkata, turut dirampas ialah wang tunai berjumlah hampir 15 ribu ringgit berserta perlbagai peralatan perjudian.

Antaranya, telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

Katanya, kesemua individu ditahan akan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.