WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SARAWAK BAKAL MUNCUL SEBAGAI NEGERI BERPENDAPATAN TINGGI

Beberapa teknologi akan dibangunkan di negeri ini seperti teknologi digital dan penggunaan teknologi


Back To Whats Hot

KUCHING, 28 Mac – Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bakal muncul sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan berteraskan pembangunan teknologi.

Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, rakyat negeri ini harus bersedia dan mengaplikasikan kemajuan teknologi .

Tambahnya, beberapa teknologi akan dibangunkan di negeri ini seperti teknologi digital dan penggunaan teknologi baru iaitu makro satelit, bagi mengatasi kelembapan talian internet.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian ketika menghadiri Majlis Randau Petang bersama beberapa agensi kerajaan di Kuching, semalam.