• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

SAINTIS TERKEMUKA STEPHEN HAWKING MENINGGAL DUNIA

Saintis terkemuka Stephen Hawking disahkan meninggal dunia hari ini pada usi 76 tahun


Back To Whats Hot

LONDON: Saintis terkemuka Stephen Hawking meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun.

Menurut laporan antarabangsa, berita kematiannya disahkan oleh ahli keluarga mendiang.

"Stephen merupakan saintis yang hebat dan luar biasa.

"Malah dia seorang yang berani dan berusaha keras selain genius sehingga dijadikan sumber inspirasi seluruh dunia," kata keluarganya dalam satu kenyataan.

"Mendiang juga pernah berkata, alam semesta kurang bermakna jika ia bukan rumah kepada orang yang kita sayang.

"Kami akan merinduinya selama-lamanya," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, sebuah filem berjudul 'The Theory of Everything' lakonan Eddie Redmayne telah difilemkan. Redmayne seterusnya berjaya meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi pada 2015.

Sumber: Awani