WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

JANGAN HISAP DADAH, NANTI JADI BODOH - TAJ INNUENDO

Taj juga menggesa agar mereka yang terkesan dengan perkara ini agar memaafkan individu yang dimaksudkannya ini dan berhenti dari mencercanya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: "Saya dituduh melakukan sesuatu yang mustahil kerana saya tiada di tempat kejadian. Kami tidak pernah bertemu, beliau bukanlah seorang kawan, malah kami juga bukan kenalan."

Itu antara luahan penyanyi kumpulan Innuendo, Ahmad Tajuddin atau Taj yang sebelum ini dituduh terlibat dalam kes dadah melibatkan pelakon, Datuk Farid Kamil.

Walaupun entri pedas di Facebooknya itu tidak ditujukan kepada sesiapa, namun netizen dan peminatnya seolah-olah dapat meneka akan individu yang dimaksudkannya.

"Yang sebetulnya terbongkar di sini bukanlah penglibatan saya, tetapi keperibadian beliau sendiri. Bagaimana kita mahu mempercayai seseorang yang daya ingatannya sendiri diragui?" soalnya.

Sebelum ini, Taj dan penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47 tahun, yang juga dikenali sebagai Os atau Firdaus didakwa memasukkan bahan terlarang ke dalam minuman Farid sehingga mendorong dia bertindak ganas dalam sebuah balai polis.

Selain itu, Farid juga mendakwa mereka memberikannya rokok yang sudah disapu dengan minyak dipercayai daripada bahan dadah.

Menerusi entri sama, Taj turut meluahkan, seorang lelaki itu dinilai atas dua perkara yang utama iaitu keluarga dan kata-katanya.

Namun dalam sindiran itu, Taj juga menggesa agar mereka yang terkesan dengan perkara ini  agar memaafkan individu yang dimaksudkannya ini dan berhenti dari mencercanya.

Mengakhiri entri itu, Taj berpesan kepada anak-anak muda agar menjauhi dadah kerana dikhuatiri akan menjadi bodoh.

Sumber: Awani