WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

FARID KAMIL DITEGUR BUAT SIDANG MEDIA

Farid Kamil hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk sebutan kesnya


Back To Whats Hot

PENGARAH dan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil diberi peringatan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Majistret, Nor Ariffin Hisham berkata, sebarang perkara boleh dirujuk kepada mahkamah untuk dipertimbangkan.

“Mahkamah ingin beri peringatan kepada tertuduh kerana kes telah dituduh,” katanya.

Justeru beliau berkata, pihak- pihak berkenaan perlu mengelak daripada mengeluarkan komen ataupun kenyataan berkaitan.

“Apa yang dinyatakan dalam kenyataan itu secara atau tidak langsung ada kaitan.

“Peguam boleh teliti balik,” katanya.

Sementara itu, peguam, Faizul Mohd Nasir berkata, kenyataan yang dibuat semasa sidang media itu tidak subjudis.

“Bagaimanapun, saya berterima kasih atas teguran tersebut,” katanya.

Pelakon drama Lafazkan Cintamu pada 28 Februari lalu mengadakan sidang media di Shah Alam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik berkata, prosiding hari ini adalah untuk sebutan serahan dokumen.

Mahkamah menetapkan 7 Mei depan untuk pengurusan kes.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencederakan orang awam, anggota polis, Muhamad Nizam Jamaluddin, 24, dan menghalang anggota berkenaan melakukan tugasnya.

Dia juga mengaku tidak bersalah mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap Muhamad Nizam sehingga mendatangkan kemarahan.

Pada 25 Januari lalu, dia juga mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis THC (11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid).

Sumber: Sinar Harian