WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

FARID KAMIL DAKWA DIPUKUL 11 ANGGOTA POLIS DALAM LOKAP

Farid mendedahkan kejadian berkenaan dalam satu sidang media di Setia alam, Shah Alam hari ini


Back To Whats Hot

SHAH ALAM: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mendakwa telah dipukul anggota polis sehingga meninggalkan parut di dahi ketika dia di dalam lokap.

Farid mendedahkan kejadian berkenaan dalam satu sidang media di Setia Alam, di sini, hari ini dengan ditemani tiga peguam daripada Tetuan Faizul Nasir & Co yang diketuai oleh Faizul Mohd Nasir.

Dakwa Farid, kejadian berlaku pada hari ketiga dia ditahan reman, sekitar jam 2 pagi.

Menjelaskan perkara itu, Farid mendakwa dia didatangi individu tersebut sebelum dipakaikan baju pasung dan lampu lokap ditutup.

“Saya didatangi 11 orang individu berpakaian preman, kemudian saya diikat dengan baju putih. Apabila saya sedar dahi saya berdarah dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan,” jelasnya.

Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari lalu pada jam 5.54 petang.

Namun beliau mendakwa sehingga kini maklum balas yang diterima daripada pihak polis adalah mengecewakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood
berkata pihaknya akan meneliti semua dakwaan yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil sebelum mengeluarkan komen lanjut.

“Siasatan lanjut akan dijalankan berdasarkan dakwaan yang dibuat. Siasatan terhadap laporan polis yang dibuat sebelum ini masih diteruskan,” katanya.

Sumber: Awani