WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BAGI PELUANG 'BUDAK BARU NAK UP' - AIZAT AMDAN

Aizat Amdan menggesa peminat muzik tanah air agar memberi ruang kepada penyanyi baharu


Back To Whats Hot

PENYANYI Aizat Amdan menggesa peminat muzik tanah air agar memberi ruang kepada penyanyi baharu atau yang dilabel sebagai 'budak baru nak up' untuk menonjolkan bakat mereka.

Aizat berkata adalah tidak adil kecaman serta kritikan negatif diberikan kepada mereka khususnya oleh para netizen.

"Bagi saya mereka ini mempunyai bakat yang 'fresh' serta keistimewaan tersendiri dan perlu diberi pertimbangan oleh semua pihak untuk menerima kehadiran mereka dalam industri muzik.

"Jangan letakkan harapan terlalu tinggi kerana  golongan ini memerlukan masa dan ruang untuk belajar menjadi pelapis yang boleh dibanggakan kelak," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Antara barisan penyanyi baharu yang dilabel 'budak baru bak up' termasuk Haqiem Rusli, Khai Bahar, Wany Hasrita dan Aiman Tino memerlukan sokongan moral untuk mencipta nama dalam persada muzik tempatan dan bukannya memberi kecaman yang boleh menjejaskan reputasi mereka, katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu itu berkata zaman dilalui muka-muka baharu itu sangat mencabar lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial yang menyaksikan para netizen bebas memberi sebarang kritikan dan pujian.

"Saya mendoakan agar mereka ini kuat dan mampu mengharungi cabaran getir khususnya apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah netizen di media sosial," kata pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 melalui lagu Pergi itu.

Aizat yang juga  komposer berkata penyanyi baru ini mempunyai keistimewaan tersendiri, dan  kehadiran mereka telah memeriahkan lagi industri muzik tempatan.

Mengenai perkembangan terbaru dirinya, Aizat berkata beliau kini sedang sibuk mempromosi single terbaharunya berjudul Sampai Ke Hari Tua.

Katanya single itu mengisahkan tentang hasrat semua orang yang mahu kekal bersama pasangannya sehingga ke akhir usia.

Sumber: mStar