WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST

06.00am - 10.00am

4,887 MANGSA DIPINDAH

Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sarawak terus meningkat, semalam


Back To Whats Hot

Kuching: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sarawak terus meningkat, semalam.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sehingga jam 8 pagi, sebanyak 31 pusat pemindahan diaktifkan di seluruh negeri.

Seramai 4,887 mangsa daripada 1,419 keluarga yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan iaitu di Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

Sembilan pusat pemindahan di Kota Samarahan ialah Dewan Pembangunan Sebuyau yang menempatkan 22 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin (578), Masjid Kampung Seruyuk (337), Dewan Suarah Kota Samarahan (47), Pusat Sumber Parti Pesaka Bumiputera Sadong Jaya (200 mangsa) dan SK Kampung Mang (115), SK Haji Kelali (201), Kompleks Sukan Asajaya (275) dan Dewan Mesra Simunjan (82).

Di Serian, pusat pemindahan yang beroperasi ialah Dewan Betong Kenawit menempatkan 16 mangsa, Dewan Lintang Baru Panchor (210), SK Samarahan Estate Serian (177), Surau Hadhari Kampung Rimba Padi (93 mangsa), Gereja St Peter Kampung Soh (86), Dewan Kampung Selabi Entuluh (26), Dewan Masyarakat Serian (387), SK Tanah Putih (252), Dewan SALCRA Kedup 2 (132), Dewan Bale Buk Jan Jun (62) dan Dewan Sorak Melayu (123).

Di Mukah, tiga PPS yang aktif ialah SK Parish Balingian (186), Dewan Suarah Mesra Mukah (3) dan Dewan Masyarakat Kampung Kuala Balingian (82).

Di Bintulu, dua pusat penempatan dibuka iaitu Dewan Suarah Bintulu (318) dan Dewan Sukan Tatau (186) manakala di Sibu juga dua pusat pemindahan dibuka iaitu Dewan SK Bukit Aup (240 mangsa) dan Dewan SJKC Tong Ah (148).

Limbang pula dengan tiga pusat pemindahan beropeasi iaitu Dewan Masyarakat Medamit (115), Dewan Masyarakat Trusan (22) dan SK Menuang (134), manakala di Sri Aman, hanya satu pusat dibuka iaitu di Dewan Johnical Rayong (32).

Sumber: Harian Metro