WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

BANJIR SARAWAK: 55 SEKOLAH DITUTUP DI SARAWAK

Sebuah rumah di tepi Batang Oya di pekan Stapang ditenggelami banjir selepas paras sungai itu meningkat sejak kelmarin


Back To Whats Hot

KUCHING: Jabatan Pendidikan Sarawak melaporkan 55 sekolah ditutup dan tidak beroperasi hari ini selepas keadaan banjir semakin buruk di negeri ini.

"Berikutan penutupan 55 sekolah tersebut 6,637 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran," kata jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Banjir itu turut menyebabkan 16 klinik kesihatan terjejas, daripada jumlah tersebut lima klinik tidak dapat beroperasi.

"Lima klinik tersebut ialah Klinik Kesihatan Nanga Taroh, Mukah; Klinik Kesihatan Sungai Arip, Sibu; Klinik Kesihatan Ulu Teru, Miri; Klinik Kesihatan Nanga Tau dan Klinik Kesihatan Sangan di Bintulu," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut JPBNS jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini juga terus meningkat kepada 5,562 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini berbanding 4,859 orang malam tadi.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada 1,682 keluarga itu ditempatkan di 32 PPS di Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

Mangsa banjir paling ramai dicatatkan di Samarahan iaitu 1,483, Bintulu (1,321), diikuti Serian (1,227), Sibu (978), Limbang (453), Mukah (92) dan Sarikei (lapan), menurut kenyataan itu.

Sumber: Awani